Ahad, 15 Mei 2011

wahai angin sendalu
bicarakan padaku
rindu apakah ini yang datang tiba-tiba
meyapa di lena dan jagaku
mengganggu mandala ingatan
yang telah kukuh terpahat di atma jiwa
ingin ku mencendas ingatan ini
dan ku benam ia jauh di laut lepas
tak ingin ku terhumban lagi di daerah silam
yang ngeri dan penuh ketakutan
kucuba memberi kemaafan
pada setiap perbuatan yang melukakan
dan kucuba melepaskan
namun kutetap kewalahan
hadir angin sendalu 
bagai berbisik padaku
tentang cinta yang perlu ku lepaskan.......

Isnin, 9 Mei 2011

Siti Nurhaliza ~ Tahajjud Cinta

ku haus di tengah lautan
lemas mencari tempat berpaut
tatap pedoman di satu kesesatan
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

kirimkan aku kekuatan
untukku tuju kejalan syurga
kirimkan ku keyakinan
untuk ku mulakan langkah kaki
menuju jalan penuh cahaya
kirimkan ku huluran tanganmu
untuk kutanggalkan baju dunia
dan ku lekap dengan selimut syurga
Ya tuhanku
padaMu tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam setiap tahajudku

Khamis, 5 Mei 2011

Tersenyumlah saat kau ingat padaku
Kerana saat itu aku sangat rindu padamu
Menangislah saat kau rindukan aku
Kerana saat itu aku tiada di sampingmu
Tetapi pejamkan mata indahmu itu
Kerana saat itu aku akan terasa ada disisimu
Kerana aku telah berada dihatimu untuk selamanya...



sejauh mana kita akan dapat bertahan...

Isnin, 2 Mei 2011

bukanlah bagaimana kamu melupakan
melainkan bagaimana kamu memaafkan
bukanlah bagaimana kamu mendengarkan
melain bagaimana kamu mengerti
bukanlah apa yang kamu lihat
melainkan apa yang kamu rasakan
bukanlah bagaimana kamu melepaskan
melainkan bagaimana kamu bertahan
lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati
di bandingkan menangis tersedu-sedu
air mata yang keluar dapat di hapuskan
sementara iar mata yang tersembunyi
menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang
akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti
mencintai seseorang
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
melainkan kerana kamu menyerdari bahawa orang itu
akan lebih berbahagia

kata-kata DARI ;.KHALIL GIBRAN


telah ku khabarkan padanya telah aku maafkan segala perbuatannya agar aku terlepas bebas dari menanggung kesilapan itu..agar aku lepas bebas dari mengendong beban dosa itu,agar aku  lepas bebas dari memikul beban galur resah itu,agar aku lepas bebas dari mengelek beban gelisah ku ,agar aku lepas bebas dari  di bayangi kesan perbuatan itu....segalanya telah aku maafkan ....untuk kutemui sebuah kedamaian ..kerana selagi aku tidak dapat memaafkanmu selagi itulah aku di buru segala rasa dendam dan benci yang akan menjeratku dan melemparkanku ke satu padang yang penuh dendam dan mengerikan.....