Ahad, 2 Januari 2011

 
ASTAKA RINDU 2010

Telah ku bina astaka rinduku
untuk ku susuri jalan itu
untuk ku jejaki lorong itu
untuk ku jadikan sebuah sempadanan
dalam meliku perjalanan yang berliku
penuh onak duri


telah ku tegakkan astaka rinduku
untuk ku jadikan cerminan diri
agar 2010 bisa di tinggalkan dengan kelapangan
tanpa ombak perasaan yang bisa membunuh


telah jua ku perindahkan astaka rinduku
agar semua kenangan itu
terhapus tidak bersisa....




kini ku jejaki langkah dengan derap kaki ke tahun 2011....harapan ku agar semua kenangan nan pilu akan berkubur tanpa nesan...terkadang aku sendiri bagai mahu menyusuri kisah -kisah semalam nan indah ,kisah antara kita di mana akhirnya sendu jua yang bertandang tiba...


begitu lah yang di gelar insan..sering jua terbabas ....tidak seperti camar yang sentiasa setia menemani pantai..walau terkadang ombaknya mengganas bagai mahu menghindar agar si camar pergi jauh... seolah ombak begitu mencemburui sang camar....




adakah masih ada yang bergelar insan sejujurnya di sebalik kelembutan hati dan budi.....begitu jua yang bergelar aku...di mana nak kumulakan langkah agar aku kembali ke azali....terasa langkah kakiku sudah terlalu jauh mengembara ke benua hitam lagi menggerunkan....




Yesterday at 7:47am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan