Isnin, 8 Ogos 2011

amat berterima kasih pada seseorang yang sudi menolong...dan bersusah payah mencuri masanya..tapi sayangnya hati ini di timpa prejudis yang terlalu...namun begitu akan ku ubah ianya menjadi satu sempadanan..
 malam ini berpeluang bertarawih berjemaah di masjid...terasa betapa diri terlalu sukar untuk membuat sebuah hijrah yang bermakna...tentu perlukan sebuah pengorbanan ,masa dan tenaga.

Ya Allah..semoga ramadhan ini bertambah kualiti berbanding tahun2 yang lalu....juga ya ALLAH DOAKU..jauhilah aku dr terus-terusan melakukan sebarang dosa dan mudah mendengar pujuk rayu yg membawa diri ini terus hanyut ke arah yang sukar untuk keluar...moga ramadhan ini terus menjanjikan sebuah bahagia yang hakiki

catatan 8 ramadhan

Jumaat, 22 Julai 2011

terlalu jauh perjalanan telah ku tempuhi...sepanjang minggu ini saja seakan tidak kecukupan masa,rumah tak sempat nak kemas,dapur dah seminggu tak berasap..tak sempat nak masak.hanya mampu beli makanan di kedai,kalau macam ni gayanya..macam mana la nak tambah sorang lagi orang baru..mati mil di buatnya...tapi seakan Allah sering menguji ku terus menerus,hingga aku rasakan bagai tiada ruang lagi  untuk bernafas...bagaimana rancangan untuk ke tanah suci tahun depan...mengapa tak seperti orang lain,,,mudah perjanan hidupnya...sedang aku baru nak mengecapi kebahagian yang sebentar ini di uji lagi dengan ujian sebegini......oh ya Allah...bantulah hambamu ini...mudahkanlah perjalanan hidupku,bantulah realkan apa yang aku rancang....tolonglah ya Allah...kasihanilah daku ini...

Khamis, 21 Julai 2011

di buang sayang di simpan derita
di hapus rindu jiwa sengsara
terlalu sukar untuk menidakkannya
tetapi reality perpisahan mesti di kotakan jua




Selasa, 12 Julai 2011

cinta semakin layu
duka semakin mekar
rindu semakin kusam
derita semakin segar
kasih semakin hambar
resah semakin menjalar
sayang semakin hilang
galau semakin bergayutan
lalu di manakah akan ku kirimkan
semua kasih,sayang rindu dan cintaku ini?????






Isnin, 11 Julai 2011

memandang julai berlalu pergi dengan dakapan sayu dan menghibakan...menanti ogos dengan seribu janji manissss

Khamis, 7 Julai 2011

many people say .. life is often put us with no choice .. sometimes we have to climb over the fire Pest just .. because that is who we are ... and sometimes the liver is often wondered .. what fate determines our lives or our determine our destiny ??????
.... Lightning strike, lightning cock fight, cumulus clouds of black march .. a sign of rain ... right down ngan heavy drizzle turned to a social 
This afternoon
various evenings had
waiting at the door
like always
the sky looked wistful look
praise nan looked gloomy cloud
heart felt like staying in hirs sembilu
difficult to receive a further separation
when I can enjoy a warm
to preserve the flowers bud roses fragrant nan
angsana exactly delightful dream
where a mistake?
perhaps I am but a distant runner naive
also a hunter love  error
and finally my own tears ...
petang ini
bagai petang-petang nan sudah
menanti di muka pintu 
bagai selalu
memandang langit berwajah sayu
menatap awan nan bermadah sendu
hati rasa bagai di hirs sembilu
sukarnya menerima sebuah lagi perpisahan
setelah aku bisa mengecapi sebuah kemesraan 
yang melestarikan bunga-bunga kuntum mawar nan harum
semerbak persis angsana idaman
di mana silapku??
mungkin aku hanyalah seorang pelari nan naif
juga seorang pemburu cinta nan khilaf
dan akhirnya aku menangis sendiri...

Jumaat, 17 Jun 2011

ingin ku cipta gurindam buat mu
ingin ku tulis seloka buat tatapanmu
ingin sekali ku lakarkan tinta
pada setiap nafasmu
di lembaran bisu aku coretkan kata
kaulah yang terindah
yang teristimewa
yang tercipta untukku
sampai bila22222

Isnin, 13 Jun 2011

rindu yang kutadah
cinta yang beralah
rindu bermusim cinta beralah
cinta ku tadah biru bermadah
hening mega langit bagai berdendang
melagukan lagu kasih 
yang beriramakan tari gemalai
rentaknya terkadang sumbang terkadang
indah mempersonakan
cinta bermadah sendu
mengakhiri musim-musim kelu
bagai irama dan lagu 
yang semakin sumbang
untuk ku dakap
hadir pelangi nan kurindu
bermusim  menanggung cinta beralah
ingin ku  rampas cinta yang kutadah
agar berakhir segala galau cinta nan aneh
agar aku terlepas dari siksa rindu 
yg bergayutan di awan gemawan
agar satu ketika nanti bila kupandang
 awan biru bermadah indah.....
tapi ...mungkinkah aku seberani itu???

Ahad, 12 Jun 2011

muncul jua sang pelangi nan indah
menghiasi dada langit sebiru madah
berakhirlah sudah rinduku tadah
semusim ku tanggung rindu beralah




Selasa, 7 Jun 2011

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Selasa, 31 Mei 2011



perjalanan yang panjang
sayang...maafkan aku terpaksa melupakan mu untuk selamanya......jangan di tanya kenapa.....tiada jawapan untuk semua itu....

Jumaat, 20 Mei 2011

cinta 1
kau sapa aku tentang cerita bahagiamu
kau titipkan aku tentang kisah bulan madumu
kau kirimkan di angin lalu
tentang manisnya sungai cintamu
kau kata dingin daerah ini
mengingatkan kau akan aku
dan aku terkesima
haruskah aku kau hubungi

cinta 2
titis air mata ini
seperti luruhnya awan gemawan nan hitam
melebat dan melaju
meluruhkan kisah-kisah sedih
yang telah ku pahat di atasnya
aku bagai membiarkan diriku
di jemput kenangan itu.....

cinta 3
gi mana bisa ku mulakan lagi
menghentikan galau yang bersangkutan
terlalu naif untuk
mengeja kenangan
yang kelihatan hanya
seringai dingin nan beku.........

Ahad, 15 Mei 2011

wahai angin sendalu
bicarakan padaku
rindu apakah ini yang datang tiba-tiba
meyapa di lena dan jagaku
mengganggu mandala ingatan
yang telah kukuh terpahat di atma jiwa
ingin ku mencendas ingatan ini
dan ku benam ia jauh di laut lepas
tak ingin ku terhumban lagi di daerah silam
yang ngeri dan penuh ketakutan
kucuba memberi kemaafan
pada setiap perbuatan yang melukakan
dan kucuba melepaskan
namun kutetap kewalahan
hadir angin sendalu 
bagai berbisik padaku
tentang cinta yang perlu ku lepaskan.......

Isnin, 9 Mei 2011

Siti Nurhaliza ~ Tahajjud Cinta

ku haus di tengah lautan
lemas mencari tempat berpaut
tatap pedoman di satu kesesatan
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

kirimkan aku kekuatan
untukku tuju kejalan syurga
kirimkan ku keyakinan
untuk ku mulakan langkah kaki
menuju jalan penuh cahaya
kirimkan ku huluran tanganmu
untuk kutanggalkan baju dunia
dan ku lekap dengan selimut syurga
Ya tuhanku
padaMu tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam setiap tahajudku

Khamis, 5 Mei 2011

Tersenyumlah saat kau ingat padaku
Kerana saat itu aku sangat rindu padamu
Menangislah saat kau rindukan aku
Kerana saat itu aku tiada di sampingmu
Tetapi pejamkan mata indahmu itu
Kerana saat itu aku akan terasa ada disisimu
Kerana aku telah berada dihatimu untuk selamanya...



sejauh mana kita akan dapat bertahan...

Isnin, 2 Mei 2011

bukanlah bagaimana kamu melupakan
melainkan bagaimana kamu memaafkan
bukanlah bagaimana kamu mendengarkan
melain bagaimana kamu mengerti
bukanlah apa yang kamu lihat
melainkan apa yang kamu rasakan
bukanlah bagaimana kamu melepaskan
melainkan bagaimana kamu bertahan
lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati
di bandingkan menangis tersedu-sedu
air mata yang keluar dapat di hapuskan
sementara iar mata yang tersembunyi
menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang
akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti
mencintai seseorang
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
melainkan kerana kamu menyerdari bahawa orang itu
akan lebih berbahagia

kata-kata DARI ;.KHALIL GIBRAN


telah ku khabarkan padanya telah aku maafkan segala perbuatannya agar aku terlepas bebas dari menanggung kesilapan itu..agar aku lepas bebas dari mengendong beban dosa itu,agar aku  lepas bebas dari memikul beban galur resah itu,agar aku lepas bebas dari mengelek beban gelisah ku ,agar aku lepas bebas dari  di bayangi kesan perbuatan itu....segalanya telah aku maafkan ....untuk kutemui sebuah kedamaian ..kerana selagi aku tidak dapat memaafkanmu selagi itulah aku di buru segala rasa dendam dan benci yang akan menjeratku dan melemparkanku ke satu padang yang penuh dendam dan mengerikan.....

Jumaat, 29 April 2011

sebentar aku berpeluang berbicara dengan dia yang telah aku tinggalkan dan kami telah lama terpisah ...ku kisahkan dan khabarkan bahawa aku bukan lagi  aku yang dulu..kini aku yang  telah berubah..aku  yang telah dapat melupakanmu dengan sepenuh hati..akul yang tiada apa2 lagi dalam hidupnya....aku  yang telah kosong....dan dia sangat gembira mendapat berita ini....memag ini yang dia mahu...tetapi dia tak pernah mahu berterus terang tentang ini dengan aku...yang membuatkan aku penasaran berbulan lamanya....kejamkah dia....?????begitu dia membiarkan aku merawat . hatiku sendiri...memberi ubat yang amat pahit pada setiap kesakitan yang aku rasai...tanpa dia memberi secebis sokongan dan semangat untuk aku membina kekuatan bangkit dari kesakitan dan kelukaan yang ngilu dan dalam...luka nya amat parah tapi dia bagai tiada rasa bersalah....teganya dia..mengapa Allah pernah titipkan insan sedemikian kejam buat jadi penghias jalan hidupku di satu lorong yang kutemui di saat aku termanggu di lorong itu..dan dia bagai mengambil kesempatan atas kealpaan dan kenaifan aku di galur resah ....tika itu aku bagai berada di syurga ciptaan ku dengan di basahi dingin kasihnya yang tak pernah kering....tapi akhirnya aku  di tinggalkan di lorong itu dengan kelukaan dan kesakitan teramat.....

Sabtu, 23 April 2011

Kata mu dan Kata ku

Semalam kau dan aku.....meluah rasa yang membeku
mengupas segala resah bertemankan warna malam yang indah
bintang dan bulan berbicara sesama sendiri...tanpa menghiraukan 
kau dan aku yang kedinginan berselimutkan angin bayu....

Katamu...
engkau menjejeki kasih mawar berwarna
tanpa duri yang bisa membuatkan engkau serba salah
katamu....
engkau ingin mendekatinya ..
mengenali setiap inci warna mawar yang terbiar
untuk kau letakkan disudut hati yang paling berseni
bertatah kasih mutiara
menyusuri sungai cinta kasih yusuf dan zulaika
yang mengalirkan cinta ditaman firdausi
mengalirkan haruman kasturi tanpa henti
bersatu dimuara kasih zat al husna selamanya

Kataku pula...
mawar ku telah agak layu
di mamah zaman yang telah lama aku tinggalkan
di sini hanya aku bertafakur sepi
ingin menjadi setulus pengorbanan kasih khadijah pada Nabi nya
dan aku jua terkadang lebih ingin menjadi seorang pelupa
pada kisah sendu yang bisa membuat mengalir mutiara jernih
kataku jua
ingin pula menjadi seorang yang amat mengingati 
di setiap memori ..untuk kutegakkan sebuah tugu cinta
yang akan menjadi kenangan terindah
di satu perjalanan kembara yang panjang
menyusuri jalan yang telah di warnakan takdirnya
agar terserlah potret mawar di setiap lenamu 
yang diulit mimpi-mimpi indah

di malam dingin yang memilukan....



Khamis, 21 April 2011

Takdirku....

inilah warna takdirku
bagai warna pelangi yang suram

berkali aku mengalirkan air mata
ia tak dapat meredakan kelukaan
saat aku melawan kepedihan itu
kau hulurkan kasih..untuk aku genggam
meskipun berupa..namun aku gagahi
agar aku mampu berdiri dan berjalan
ngilunya bagaikan di tusuk sembilu
pedihnya bagaikan di hiris ngilu
mengapa saat aku gembira 
ujian datang lagi
tidak ku sesali nasib
tidak ku sesali takdir
hanya kasihmu ya Allah 
aku dambakan
jua kasih mu sayang..
untukku rawat
di setiap  sakitku
di setiap  piluku
di setiap  airmataku
kerna aku tahu
kau masih sayang padaku......
Burung layang-layang
menjalar bebas mengejar kawan
sesekali menggelongsor ke bawah
kerap pula mendongak ke atas
merapati teman
lalu berdansa celah buih awan
berputar-putar menurut irama
angin semilir yang bersiul
dari dan ke segenap
penjuru alam.

Andai burung layang-layang
bungkam lesu di tabir besi
apakah bisa bercaca lagi?


seandai waktu masih ada,berikan aku secangkir cinta,buat penghilang resah d dada,mencari mu entah d mana,hilang sepi tanpa kata,yg tinggal hanya lah kenangan cinta luka,dan aku d cni masih menjadi pecinta setia.........terus merinduimu bagai hilang harga diri....teganya kau hingga saat ini membiarkan aku terus di lamun rindu dan tenggelam dalam sepi yang panjang...

Isnin, 18 April 2011

......bagai ada di mana-mana
di setiap penjuru menari-nari
melihat aku di sini
tapi beku tiada suara
ingin ku sapa kau pergi 
ingin ku dakap kau menghilang
akhirnya aku jadi penasaran....
pada kasih bak bebayang


kerinduan ini bagai tidak perpijak di bumi nyata...merindui orang yang dah tak sudi....
sayang....
jika dulu jiwamu suram
kan kuterangi dengan cahaya 
jika dulu harimu sepi
kan kuriuhkan dengan kasihku
jikla dulu nafasmu seakan mati
kan ku hidupkan dengan cintaku
sayang
jangan benarkan resah bermukim di hati
bina dari kekuatan semalam
yang telah hilang
kan kau temui kini
aku selalu ada untukmu..









‎...aku pernah terjatuh..dan ku tahu jatuh itu sakit..maka aku berhati-hati agar tidak jatuh lagi...aku jua pernah di sakiti ..maka aku tahu disakiti itu amat sakit ....maka aku tidak akan menyakiti sesiapa......sesungguhnya itulah yang di namakan pengalaman...sesungguhnya pengalaman adalah guru yang amat baik,bagus dan berkesan...


kesakitan semalam di pergunakan dan di permainkan amat perit...biarlah ALLAH membalas segala perbuatannya...hingga kini di atak pernah meminta maaf dariku....

Rabu, 6 April 2011

Denai kasihku terlerai layu
lorong ke rumah itu semakin sepi
kulangkah kaki berbekal sisa cintamu
kau pergi...
belum puas ku teguk manisnya bulan madu
belum puas jua kukecapi indahnya musim bunga
belum jua puas  kita menempuh gelora lautan kasih
yang di kata indah di lambung ombak
bermain di gigi pantai
melihat si camar terbang
bagai diri di bawa bersama...

wasiatmu ...kekuatan bagiku
untuk ku menempuh perjalanan yang panjang
termanggu aku di pusara mimpi
bila ku buka jendela itu
di rumah nan sepi tanpamu
kau semakin jauh pergi...
lambaian terakhirmu
memekar rinduku....
entah musim ini berganti
bagai mahu kuulang lagi
bersamamu.....

sepi hati melihat rumah ini
kau bertebaran di penjuru mata
kau ada di mana-mana
bagai terdengar suara menyapa lembut
memanggilku,berbicara bagai selalu...
kan ku akhiri jua kenangan ini
agar kau dan aku
di kurniakan kebahagiaan yang kekal abadi
ku kunjungi pusara mu
tanda kasihku tak pernah terpadam....


sajak untukmu zizah temanku...suaminya telah pergi mengadap Ilahi bulan 10/2010

Jumaat, 1 April 2011

TELAH KAU lalui suatu denai yang berliku
kau turuni ceram yang sepi
perjalanan itu tak pernah kau sudahi
kerana kau ditinggalkan dihamapran padang sepi

Disuatu sudut yang kau sendiri tak tahu
termanggu dikau sdiatu lembah kerinduan
rindu pada belaian kasih nakhoda mulia
tapi tetap jua digamit bingung..
dan terus mencari yang kau jua pasti

kau susuri disebuah denai lama
yang tinggal sang kura-kura purba
yang pelupa dan buruk rupa
tapi ianya telah lama dilupai
rimbunan jambak bunga ayu....kini dia sayu

Kau dekatinya dengan keluhan kalbu berkabus
kabus yang tak pernah hilang dek sinar mentari
dan kabus yang tak akan muncul dibulan penuh
kau merayu dan berlagu rindu.....
rindu pada kasih yang telah hilang..........

Ku ganti keresahan rindumu yang hilang
tetapi tak ku yakin terubatkah hati yang sunyi itu
kan sayang...
dan kau tenggelam bersama kemilau
kasih semalam
berakhir pencarian mu Mil ku sayang....
nak runtun tapi tak berdaya
aku lemah...aku lemas walau perkasa
tapi hatiku bak wanita, sayang,kasih, pada keayuan



sajak yang di tulis oeh kenalan saya di fb.....terimakasih awak....

petang nan sepi

minggu ini adalah minggu2 yang sibuik...setiap hari aku pulang kerja pukul 6 petang...membereskan urusan untuk meeting agong sabtu ini...selama itulah juga aku tidak dapat bertemu ngan huby...huby balik saya dah nak pergi kerja..saya balik huby pula dah pergi kerja....emmm rindu jugak dengan huby...bermakna sayang jugak aku ngan huby...tapi huby aku tengok tak macam ada rindupun.......apakah dia sayang kat aku....apakah ada rindunya pada aku....apakah hanya aku yang selalu memberi sedang dia hanya menerima...susahnya untuk mengerti hatinya...gersangnya kasihnya...bekunya rindunya...kakunya sayangnya....

Khamis, 24 Mac 2011

rasa  teruja nya bila hari ini adalah hari gaji..harapan tinggi menggunung nak merasa gaji baru...tapi hampanya belum lagi masuk222 gaji baru....hu..hu..


teringat nak buat sajak la..dah lama rasa tumpul nya ilham untuk menulis sajak...ini lah sajak terbaru yang dapat ku buat:


sayang
jauh kakiku berkelana
jauh jua ku mengembara
meninggalkan dirimu seketika
dan..akhirnya aku kepenatan...
sayang,,
kini ku kembali kepangkuanmu
merebahkan lelahku
bagai waktu dulu...
menyulam kasih menyimpul sayang
mencium harum bau cempaka
mengutip gugur seroja
dan ..di situ nanti kan kutemui
rindu ku yang hilang....



MIL MD.NOR

Sabtu, 19 Mac 2011

perkara -perkara yang sering merungsingakn yang berlaku di dalam organisasi kerjaku amat merentap berbagai persoalan ...sebenarnya apa agenda yang tersembunyi...kami tidak pernah di beritahu dan di beri sebarang penjelasan yang tersembunyi...

Jumaat, 4 Mac 2011

hari ini adalah hari-hari yang amat penat...anak murid ku terlebih nakalnya...bagai didikan yang di curahkan selama ini seperti mencurah ke daun keladi...mereka suka bermain-main ,gembira.kejar-kejar...tak mahu duduk diam...dan menyiapkan tugasan dengan senyap...nak ku marah memang naluri kanak2 seusia begitu lumrahnya bermain..bermain adalah santapan rohani mereka... aku hnaya memujuk penuh emosi agar mereka dapat menyiapkan tugasan mengikut masa...betapa susahnya mendidik anak seusia ini...belajar teori tak sama ngan melaksanakan praktikalnya....

Isnin, 28 Februari 2011

minggu ini adalah minggu -minggu yang agak menyenangkan minda dan fikiran...kerja-kerja sebahagian sudah siap...hanya ada beberapa perkara yang agak merungsingkan dan belum berjaya di handle sepenuhnya.InsyaAllah akan dapat di atasi jua nanti...kena sedikit demi sedikit merawat hati agar tidak terus parah...dan mati....
           selalu terfikir untuk apa semua ini di layan sangat kan....menyusahkan jer....dan malunya kalau kita jer yang merasakan sedang orang tu hampeeehhhh


malunya aku
bila ku ingin memetik bintang
tapi tanganku tak sampai
malunya aku
bila aku ingin terbang tinggi di awan
tapi sayapku tidak sekuat sayap sang helang
malunya aku
bila aku ingin menjadi baung gagah di lautan
tapi aku hanya seluang lincah di muara
malunya aku
bila aku ingin menjadi sang camar
yang riang terbang menghiasi pantai
dan ia menjadi buruan rindu
tapi aku cuma pipit di dangau sawah
mengutip sisa padi sang petani
malunya aku
menjadi seperti sang pungguk
merindu bulan di malam kelam
sedang ia tahu bulan tidak pernah menyapa rindu.....
malunya aku....

MIL MD.NOR