Isnin, 2 Ogos 2010

catatan 2 ogos 2010.

seperti rutin ku setiap hari...mentari bersinar dengan cahaya yang gagah dan menerangi seluruh maya pada ini...perjalanan ke tempat kerjaku berjalan lancar,walaupun jalan ini adalah jalan maut,lebuhraya yang pelik dan mengundang seribu bahaya..tersilap langkah dan kempunan pasti malang yang menunggu, berbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan kecelakaan disini..bina jejantas,buat bonggol,baiki jalan..namun cerita sedih disini belum berakhir...mungkin inilah namanya takdir....

tiba di sini aku disambut wajah2 manis,ceria,polos,dan penuh empati...semua berebut2 bersalaman dengan ku..biasa lah Isnin,,badan agak letih...namun keletihan ini hilang dengan merenung wajah2 mereka...

aktiviti berjalan lancar...aku membuat pot pori yang wangi dan mereka membawa pulang kerumah...mereka cukup gembira....

sambutan harijadi seorang murid ku berjaya di raikan,,kawan2 saling mengucap selamat...selamat hari lahir buatmu..aku teringat pada diriku..aku sendiri akan menyambut kelahiran ku pada rabu ini..usiaku menginjak ke 43 tahun,,,satu waktu yang amat panjang...tapi dimana pencapaian ku kini....?




selamat hari jadi sayang..cikgu doakan kau berjaya di dunia dan akhirat.











semoga cikgu jua berolah kejayaan.....amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan