Selasa, 10 Ogos 2010

catatan ramadhan...

ramadhan datang lagi...malam ini akan bermula malam pertama sembahyang tarawih..masjid2 akan di penuhi dengan jemaah yang mahu merebut janji2 Allah pada setiap ramadhan..pun ada juga yg selamba seakan-akan tiada apa yg berlaku.Persiapan telah siap untuk makan sahur sekeluarga.pertama ramadhan biarlah anak2 ku menjamah makanan yang enak ketika bersahur.janjiku akan kutunaikan solat tahajud dan taubat sebelum memasak juadah sahur..biarlah malam ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang telah berlalu.Biarlah ramadhan kali ini ramadhan yg mempunyai anjakan paradigma yang bermutu...

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Dia
Kasihku tulus buatNya
Setiaku balas kasihNya
Kasihku kasih yang setia
pada yang punya...
dambaku pada yang Esa
pujian hanya buat Dia
aku kagum kebesaranmu
terampun maha suci........

hadiah bg orang2 berpuasa ialah kegembiraan ketika berbuka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan