Isnin, 16 Ogos 2010

perjalanan menyusur kenangan .

kaki ini tiba jua ketanah felda tempat saksi cinta dan saksi senduku meniti remajaku...kebodohanku serta kekalutanku mengatur hidup tanpa menimbangkan risikonya.lewat jam 1.00 pagi kami tiba disini bersama anak2ku. Keheningan malam disambut oleh ibu n ayahku..eeesejuknya malam ramadhan...perbualan bersama adik beradik dan ibu bapa tak sedar waktu telah tiba ke sahur..kami tidak melelapkan mata malam itu,sehinggalah sahur.

              Tempat dan daerah ini masih seperti dulu...sunyi dan sepi,,,,anak2 felda yang sebayaku semua telah berkeluarga dan tidak tinggal di sini lagi.Warga disini telah menginjak keusia senja...tanah perkuburuan disini juga telah hampir penuh.....berbanding sewaktu aku meninggalkan daerah ini..begitu cepat masa berlalu...memang di akui aku amat jarang pulang ke sini...tempat ini mengundang hati ini berbuku kembali...sesal mengapa semangat juang ku tidak kental waktu itu...mungkin aku boleh berjaya jika aku mempunyai semangat juang yang tinggi

              hatiku berbunga bahagia melihat perubahan di rumah ibu bapaku..ternyata kesenangan telah dapat menutupi kesusahan ku dulu...........Semoga perjalanan hidup kami bertambah bahagia lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan