Khamis, 5 Ogos 2010

NOTA ULANG TAHUN....

Meraikan ualng tahun kelahiran ku ...telah bertambah lagi usiaku...
hari ini ku lalui seperti hari2 yang biasa,tanpa ada apa2 yg istimewa..ku ingin ucapan dari dia yang tersayang tapi dia bukanlah seorang yang romantik,caring dan penuh kejutan.Sikapnya penuh selamba ,dia selalu berkata sayang itu tidak perlu di tunjuk2,tidak perlu di ucap2,tidak perlu itu dan ini....dia lupa bahawa seorang wanita sepertiku perlukan  semua itu untuk agar aku di hargai,disayangi di cintai dan di perlukan.

Ucapan hari lahir bertalu2 ku terima dari cahayamata tersayang,rakan2 dan kenalan serta anak didikku,terasalah jua diri ini di sayangi.Cahayamataku kepadamu aku sandarkan sejuta harapan agar anak2ku beroleh kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

melihat diirku terasa ingin ku kembali ke 20 tahun yang lalu..ketika badan ini di baluti uniform sekolah,ketika
remajaku,betapa waktu itu sepatutnya aku isi sepenuhnya dengan ilmu,pencapaian ,kecemerlangan dan kejayaan,tapi aku banyak mensia-siakannya dengan melakukan satu kesilapan.Aku terlalu lemah waktu itu,tidak berdaya menghadapai cabaran mendatang.Aku terlalu pasrah pada takdir,membiarkan diri ini mengikut arus yang berlalu,mengharap aku akan terdampar dan tiba di destinasi yang aman ,nyaman,dan bahagia.

Tanpa berfikir panjang segalanya berlaku,terlalu cepat,terlalu pantas,peredaran masa tidak menungguku.sehinggalah kini ulang tahunku telah menginjak ke usia 43 tahun.....menyesal...tidak sama sekali.kerana inilah jalan yang kupilih dahulu,inilah langkah yang ku atur dahulu,inilah bahagia yang ku cipta dahulu.Sememangnya sewaktu aku membuat keputusan untuk menerima kehadirannya dalam hudupku ,aku tidak pernah menoleh ke belakang lagi...biarlah segala kenangan dan cita2ku ,kutinggalkann jauh di belakang,biarlah cita2ku terkubur bersama cerita lukaku.

Kebahagiaan ini sememangnya ku kecapi dengan cara ku sendiri.Ku di asuh agar menerima seadanya.Pasrah pada takdir dan hidup dalam serba sederhana.walau kadangkala bukan ini sikapku.....sayangku terimakasih atas kasih sayangmu,sememangnya di sebalik sikapmu ini kau terlalu baik.....pada anak2 kita dan rumahtangga kita.

semoga pada ulang tahun ini harapanku agar kebahgiaan ini berpanjangan hingga akhir hayat.Melukakanmu apatah lagi menyakitimu tidak sama sekali.....sayangilah aku,cintailah aku sepuasmu.......

SELAMAT HARI LAHIR.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan